GASMSIA

September 25, 2025

Menyantuni Komuniti, Memperkukuh Ikatan – Gas Malaysia Meneruskan Inisiatif Bantuan Makanan Kepada Gelandangan Dan Miskin Bandar

SHAH ALAM, 25 SEPTEMBER 2025 – Sebagai tanda komitmen dalam menjaga kebajikan komuniti terpinggir, Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), ahli Kumpulan MMC, telah mengagihkan lebih 650 pek makanan menerusi tiga sesi pengagihan kepada golongan gelandangan dan miskin bandar di Pusat Transit Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, En. Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata: “Setiap inisiatif CSR kami berlandaskan rasa tanggungjawab untuk membantu komuniti yang memerlukan. Kerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) ini membolehkan kami menyalurkan bantuan yang bermakna serta memperkukuh komitmen terhadap komuniti setempat.”

Agihan makanan yang dilaksanakan bersama PERTIWI untuk tahun ketiga berturut- turut ini, menjadi bukti kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak dalam menangani isu kekurangan makanan dalam kalangan masyarakat miskin bandar. Program ini bermula dengan sesi pertama pada 15 Ogos, diikuti sesi kedua pada 3 September, dan diakhiri dengan sesi terarkhir pada petang semalam, hasil sokongan penuh warga kerja Gas Malaysia.

Share on

About Gas Malaysia Berhad

Gas Malaysia Berhad, a member of MMC Corporation Berhad, was established on 16 May 1992 to sell, market and distribute natural gas as well as to construct, operate and maintain the Natural Gas Distribution System (“NGDS”) within Peninsular Malaysia.

Gas Malaysia is licensed under the Gas Supply Act, 1993 (“GSA”) by the Suruhanjaya Tenaga (“ST”), with the approval of the Minister, to supply and sell reticulated natural gas in Peninsular Malaysia. On 15 December 2000, Gas Malaysia was granted the licence to supply and sell reticulated Liquefied Petroleum Gas (“LPG”). This licence further expands Gas Malaysia’s business in the supply of reticulated LPG to commercial and residential sectors within Peninsular Malaysia.

Gas Malaysia currently operates and maintains over 2,800 kilometres of Natural Gas Distribution System network across Peninsular Malaysia, supplying natural gas and LPG to over 1,000 industrial customers, about 1,900 commercial customers and over 21,000 residential customers.

For more information, please visit

For Media Enquiries:

Gas Malaysia Berhad

En. Kamarul Ariffin Ibrahim
Head of Corporate Affairs
Gas Malaysia Berhad
No. 5, Jalan Serendah 26/17,
Seksyen 26, Peti Surat 7901,
40732, Shah Alam, Selangor.
Tel: +603 5192 3000 / +6019 313 6840
Email: kamarulariffin@gasmalaysia.com