| |
MMC Corp Bhd, syarikat yang dikuasai usahawan Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, mengumumkan penyenaraian anak
syarikatnya, Gas Malaysia Sdn Bhd bakal membabitkan tawaran
permulaan awarn (IPO) berjumlah 333.84 juta saham.
IPO yang akan dilancarkan sebelum akhir tahun mi itu mewakili 26
peratus daripada modal saham berbayar dan terbitan Gas Malaysia.
Berikutan Gas Malaysia tidak akan menerbitkan saham baru bagi IPO
itu, MMC dan rakan kongsinya dalam syarikat itu akan menawarkan
saham dalam beberapa bahagian bersandarkan kepada jumlah kepentingan
masing-masing.
Ketika mi, MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia
dengan bakinya dipegang Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo
Gas-Mitsui & Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings.
MMC dalam kenyataannya semalam berkata, daripada 333.84 juta saham
itu, 303.498 juta akan diperuntukkan untuk langganan pelabur
institusi, yang mana 147.678 juta untuk institusi terpilih
Bumiputera dan pelabur terpiih yang diluluskan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti); dan 155.820 juta untuk
pelabur institusi terpilih tempatan.
Sebanyak 30.342 juta saham pula akan ditawarkan kepada pelabur
runcit, dengan 12.84 juta adalah untuk langganan awam Bumiputera,
manakala 12.84 juta lagi untuk bukan Bumiputera.
Baki 4.662 juta lagi dikhususkan untuk langganan kakitangan dan
pengarah syarikat ituyang layak.
MMC dalam kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan harga bagi
IPO itu atau jumlah dana yang bakal diraihnya.
Namun, sumber industri memberitahu Berita Harian bahawa syarikat itu
mampu menjana antara RM800 juta hingga RM900 juta bersandarkan
kepada harga tawaran antara RM2 hingga RM3 sesaham.
MMC melantik Maybank Investment Bank (Maybank-IB) sebagai penasihat
melaksanakan IPO.
Cadangan penyenaraian Gas Malaysia di Pasaran Utama Bursa Malaysia
itu adalah sebahagian rancangan jangka panjang MMC mengembangkan
perniagaan anak syarikat terpilihnya secara lebih agresif dan
tersusun.
Selain Gas Malaysia, MMC turut merancahg menyenaraikan semula dua
anak syarikatnya, iaitu Malakoff Bhd clan Johor Port Bhd, sebelum
2013.
Gas Malaysia adalah pengedar dan peruncit gas ash terbesar di
Malaysia. Malakoff pula adalah pengeluar tenaga bebas terbesar
negara, sementara Johor Port pengendali pelabuhan minyak sawit
terbesar dunia.
Berdasarkan anggaran awal penganalisis, nilai modal pasaran semasa
Gas Malaysia ialah RM5 bilion, Malakoff (RM7 billion), Johor Port
(RM1.5 bilion).
|
|