| |
Pemegang saham Gas Ma laysia Bhd bakal menikmati
pulangan lumayan kerana pengedar dan peruncit gas asli terbesar
Malaysia itu bakal mengagihkan 100 peratus keuntungan bersihnya
sebagai dividen pada tahun pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama
Bursa Malaysia yang dijadualkan Disember ini.
Syarikat
induknya, MMC Corp Bhd, turut memberi jaminan bahawa pada tahun
kedua pula dividen yang bakal diagihkan GAS Malaysia kepada pemegang
saham nya ialah 75 peratus daripada keuntungan bersihnya.
Pengarah Urusan MMC Corp, Datuk Hasni Harun, berkata penetapan kadar
dividen clalarn tempoli dua tahun itu bertujuan memberi ganjaran
terhadap kesetiaan pemegang saham syarikat itu.
"Penetapan
kadar dividen untuk tempoh dua tahun pertama itu adalah bagi
memberikan ganjaran pemegang saham yang setia selama bertahun-tahun
dengan Gas Malaysia.
"Insya-Allah, ia akan diteruskan selepas
tahun berikutnya (bergantung kepada prestasi syarikat)," katanya
kepada Berita Harian dan Business Times dalam temubual bersempena
dengan 100 tahun penubuhan MMC Corp di Kuala Lumpur, baru-baru mi.
MMC Corp Bhd, syarikat yang dikuasai usahawan Tan Sri Syed
Mokhtar A1-Bukhary pada 16 Ogos lalu, mengumumkan penyenaraian Gas
Malaysia itu bakal membabitkan tawaran awal permulaan (IPO) 333.84
juta saham atau 26 peratus daripada modal saham berbayar dan
terbitannya.
Daripada 333.84 juta saham itu, 303.498 juta
akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi, dengan 147.678
juta untuk institusi terpilih Bumiputera dan pelabur terpilih yang
diluluskan Kementenan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITT);
dan 155.82juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan.
Sebanyak 30.342 juta saham pula akan ditawarkan kepada pelabur
runcit, dengan 12.84 juta adalah Untuk langganan awam Bumiputera,
manakala 12.84 juta lagi untuk bukan Bumiputera.
Baki 4.662
jnta lagi dikhususkan untnk langganan kakitangan dan pengarah
syarikat itu yang layak.
Berikutan Gas Malaysia tidak akan
menerbitkan saham baru bagi IPO itu, MMC dan rakan kongsinya dalam
syarikat itu akan menawarkan saham dalam beberapa bahagian
bersandarkan kepada jumlah kepentingan masing-masing.
Ketika
ini MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia dengan
bakinya dipegang Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo Gas-Mitsui &
Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings.
Mengenai kemajuan penyenaraian Gas Malaysia, Hasni berkata, kumpulan
itu sudah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi
cadangan IPO itu, dan ia sedang menunggu kelulusan.
"Gas
Malaysia kini berada dalam landasan untuk disenaraikan dan jika
tiada masalah, ia akan dilakukan Disember ini.
"Penyenaraiannya adalah sebagai sebahagian daripada strategi untuk
meningkatkan lagi nilai, selain membantu mengurangkan paras hutang
kumpulan.
"Bersandarkan kepada kedudukan kewangan yang kukuh
serta dengan kadar hutang sifar selain prospek peningkatan
penggunaan komoditi itu di kalangan pelbagai peringkat pengguna,
khususnya pelanggan industri, MMC yakin IPO Gas Malaysia kelak akan
mendapat sambutan baik," katanya.
Difahamkan, Gas Malaysia,
kini mempunyai 400 pelanggan industri baru dalam senarai menunggu
untuk mengguna produknya.
Penganalisis ketika dihubungi
yakin, apabila disenaraikan kelak, saham Gas Malaysia mudah menarik
minat pelabur institusi ternpatan dan asing bersandarkan prospek
kestabilan perniagaan syarikat itu, selain turut memiliki aliran
tunai positif dan margin kukuh sentiasa terpelihara.
"Boleh
disifatkan permintaan terhadap gas tidak terjejas walaupun dalam
persekitaran ekonomi tidak menentu atau kemelesetan," katanya.
“Penetapan kadar dividen untuk tempoh dua tahun pertama itu
adalah bagi memberikan ganjaran pemegang saham yang setia selama
bertahun-tahun dengan Gas Malaysia” Hasni Harun Pengarah Urusan MMC
Corp.
|
|